NP Beauty & AS’S Beauty Night Cream Diharamkan KKM

2 Produk dari NP Beauty dan 1 produk dari AS’S Beauty telah diharamkan oleh KKM berikut penemuan racun berjadual didalam 3 produk tersebut.

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

  1. NP Beauty FM Cream
  2. NP Beauty FB Cream
  3. AS’S Beauty Night Cream


Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM Lakukan Ujian Terhadap Produk Fake?

Ketahuilah bahawasanya anda sedang ditipu oleh penjual. Kementerian Kesihatan tidak akan ambil sampel tiruan untuk buat ujian makmal. Sampel diambil daripada penjual, pengeluar dan pengilang.

🕶 Relax!

Get The Latest KKM Banned List of Cosmetics, Supplement & Medicine Straight to Your Mailbox For Free!

We’ll never send you spam or share your email address.
Find out more in our Privacy Policy.

Leave a Reply

© Xhanxeli Network (002804898-K) | Privacy Policy | Service Terms & Conditions